Friday 3 April 2015

Jasamu Dikenang

“Patah tumbuh hilang berganti”, ungkapan itu sesuai untuk menggambarkan apa yang berlaku di SK Kg. Balan pada awal tahun 2015 yang menyaksikan 3 orang guru (nyaris-nyaris 4 orang) telah berpindah ke sekolah lain. Manakala, 4 orang guru baharu masuk bagi mengisi kekosongan yang mereka tinggalkan.
     
Ustazah Maimunah Binti Merais
Antara guru yang berpindah ialah Ustaz Ag Asri Bin Ag Ali yang telah berpindah ke SK Bawang, Sabah. Selain itu, PK HEM Cikgu Selvia Albert Lunju telah berpindah ke SK Kampung Gayu, Padawan. Turut meninggalkan SK Kg. Balan ialah lagenda Balan iaitu Ustazah Maimunah Binti Merais yang telah berkhidmat selama 21 tahun di SK Kg. Balan. Beliau telah berpindah ke SK Sacret Heart, Sibu.



Cikgu Selvia Albert Lunju
Pemergian ketiga-tiga orang guru ini begitu dirasai bukan sahaja dalam kalangan guru-guru dan murid SK Kg Balan, malah turut dirasai oleh  penduduk Kampung Balan. Jasa dan sumbangan mereka begitu besar dan akan sentiasa dikenang sampai bila-bila. Pemergian yang penuh emosi itu masih dirasai sehingga kini seakan-akan “seperti baru semalam kita berpisah”.  Kepada mereka, detik indah bersama kalian akan menjadi ingatan dan kenangan bersama.


Ustaz Ag. Asri Bin Ag. Ali
Namun, kesedihan tersebut sedikit terubat dengan kehadiran 4 orang guru baharu. Mereka ialah Cikgu Jamrie Bin Atong (Kota Samarahan), Ustaz Ahmad Mahfooz (Kedah), Ustazah Siti Zuliza (Johor) dan Ustazah Nurul Hidayah (Selangor). Kehadiran mereka memberi satu suasana baharu dan sangat dialu-alukan oleh semua warga SK Kg. Balan. Semoga dapat menabur khidmat bakti dengan jayanya bersama-sama semua warga SK Kg. Balan.



Murid-murid menangis sedih wo.
"Ustaz Asri, Ustazah Maimunah & Cikgu Selvia, jangan lupa bertanya khabar berita kami di sini.