Tuesday 21 October 2014

Latihan Memberus Giri Dengan Teknik Yang Betul

NAMA AKTIVITI   : LATIHAN MEMBERUS GIGI DENGAN TEKNIK YANG BETUL.
TARIKH                  : 21 OKTOBER 2014
TEMPAT                 : DATARAN ANEKA, SK KG BALAN
PENCERAMAH      : CIKGU SELVIA ALBERT DAN USTAZAH MAIMUNAH MERAIS
TEMA                      : GIGI BERSIH SENYUMAN MENAWAN





*P/S sedikit maklumat diragui kesahihannya.

Apakah Program LINUS ?

SOALAN-SOALAN LAZIM BERKAITAN PROGRAM LINUS


1.    Apakah maksud konstruk?
Konstruk ialah kemahiran atau keupayaan yang ingin diuji kepada murid.

2.    Berapakah konstruk yang perlu dikuasai oleh murid untuk mencapai aliran perdana?
Untuk Literasi, murid perlu menguasai Konstruk 1 hingga 8 dan untuk Numerasi, murid perlu menguasai Konstruk 1 hingga 10.

3.    Apakah perbezaan antara ujian dan saringan?
Ujian diadakan untuk menguji pencapaian murid mengikut gred A, B, C, D atau E manakala saringan diadakan untuk mengukur penguasaan murid terhadap sesuatu konstruk.

4.    Siapakah yang terlibat dalam pentadbiran saringan LINUS?
Guru mata pelajaran Tahun 1 dan 2 iaitu BM dan Matematik, guru pemulihan khas serta guru-guru lain yang menganggotai panitia BM dan Matematik.

5.    Apakah ciri-ciri guru yang perlu untuk mengajar LINUS Tahun 1 dan Tahun 2?
Guru BM dan Matematik Tahun 1 dan 2 mestilah guru opsyen, berpengalaman (bukan GSTT) dan telah menghadiri kursus LINUS.

6.    Pihak manakah yang bertanggungjawab melaksanakan program LINUS?
Pihak Guru Besar merupakan ownership untuk memastikan pelaksanaan program LINUS berlaku di sekolah masing-masing.

7.    Bilakah murid LINUS Tegar Tahun 1 boleh dihantar kepada guru pemulihan?
Selepas saringan 2 pada bulan Jun.

8.    Bilakah murid LINUS Tegar boleh dikeluarkan daripada data LINUS?
Selepas disahkan mengalami masalah kesihatan seperti autism, sindrom down dan lain-lain oleh pegawai perubatan bertauliah dan mendapat kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

9.   Adakah data murid aliran perdana perlu dimasukkan dalam pengisisan data LINUS untuk saringan seterusnya?
Ya, datamurid aliran perdana perlu dimasukkansetiap kali selepas saringan diadakan dalam proses pengisian data.  

10.  Sekiranya ibu bapa tidak setuju untuk menghantar anak mereka ke kelas pendidikan khas, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah?
Pihak sekolah perlu mengeluarkan surat kepada ibu bapa supaya mereka bersetuju anak mereka di tempatkan di kelas pemulihan.  Data murid tersebut perlu dikeluarkan daripada data LINUS.

11.  Perlukah murid yang telah berada di aliran perdana mengambil saringan seterusnya?
Murid aliran perdana tidak perlu mengambil saringan seterusnya.

12.  Siapakah yang terlibat dalam program LINUS?
Penglibatan pihak pentadbir, semua guru di sekolah, ibu bapa dan PIBG amat diperlukan  dalam menjayakan program LINUS ini.

13.  Sekiranya terdapat perpindahan keluar atau masuk murid ke sekolah, apakah yang perlu dilakukan kepada data LINUS?
Murid yang keluar perlu dikeluarkan daripada data LINUS manakala murid yang masuk perlu dikenalpasti sama ada LINUS atau aliran perdana dan perlu dimasukkan ke dalam data LINUS. 


Sumber : http://linusppdhup.blogspot.com/p/faq.html

Monday 13 October 2014

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK KG Balan 2014

Aktiviti Ice Breaking
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Peringkat Sekolah SK Kg Balan 2014 telah diadakan dengan jayanya pada 10 Oktober sehingga 11 Oktober 2014 yang lalu. Peserta yang terlibat ialah semua murid tahun 4 hingga tahun 6 seramai 40 orang. 
Aktiviti tahunan sekolah itu bermula dengan pendaftaran para peserta pada pukul 2.30 petang Jumaat. Selesai sahaja pendaftaran, taklimat mengenai program telah disampaikan oleh Kem Komandan, Cikgu Ayu Bin Bohari.
Antara objektif perkhemahan ini ialah :
a)     Membentuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan murid.
Aktiviti Memasang Khemah
b)     Melatih murid untuk berdikari.
c)      Menguji ketahanan mental dan fizikal murid.
d)     Mengaplikasikan kemahiran dan ilmu yang murid pelajari secara amali.
e)     Memberi pendedahan awal kepada murid mengenai aktiviti perkhemahan.

Sebaik sahaja selesai taklimat ringkas, aktiviti ice breaking diadakan. Aktiviti yang diketuai oleh Cikgu Roziah binti nasar itu bertujuan untuk membentuk semangat berpasukan dalam kalangan murid-murid melalui pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan.
Aktiviti Ceramah Agama 
Kemudian, murid bergerak ke padang sekolah untuk memasang khemah. Murid telah dibahagikan kepada  kumpulan empat kumpulan yang terdiri dariapda 10 orang murid bagi satu khemah.
Selesai sahaja memasang khemah, murid bergegas mandi untuk aktiviti solat berjemaah di Surau Al-Husna SK Kg Balan. Aktiviti ceramah dan tazkirah turut diadakan yang diketuai oleh Ustaz Ag Asri Ag Ali.
Ceramah Ikatan dan Simpulan Tali
Selepas selesai solat Isyak, murid berhenti rehat untuk minum malam sebelum aktiviti ceramah dan amali  Ikatan dan Simpulan Tali yang diadakan pada pukul 9.00 malam. Murid telah diperkenalkan pelbagai jenis ikatan dan simpulan tali yang asas yang biasa digunakan dalam semua aktiviti perkhemahan.  Tamat sahaja aktiviti ikatan tali, murid kemudian berkumpul untuk mendengar taklimat ringkas sebelum tidur.
Keesokkan harinya, murid bangun pada pukul 4.30 pagi untuk mandi kemudian solat Subuh berjemaah. Selepas itu, murid bersarapan di bilik RMT. Selesai sarapan, murid bersedia di Dewan Sekolah sebelum acara berbasikal ke Kampung Tanam yang dimulakan pada pukul 7.30 pagi. Konvoi berbasikal ini mendapat kerjasama daripada pihak Polis Trafik Dalat yang bertanggungjawab mengetuai konvoi bagi memastikan keselamatan semua peserta konvoi dalam keadaan selamat.
Konvoi Berbasikal
Aktiviti Memasak
Konvoi berbasikal tamat sekitar pukul 09.00 pagi. Selepas itu, murid berehat sebelum aktiviti memasak diadakan.  Menu masakan pada hari tersebut ialah ayam pansuh. Murid diberi tunjuk ajar oleh Cikgu Selvia sebelum aktiviti masakan dijalankan.
Aktiviti memasak tamat sekitar pukul 12.30 tengah hari. Murid begitu seronok menikmati juadah hasil masakan sendiri. Murid telah menunjukkan semangat kerjasama berpasukan yang tinggi sepanjang aktiviti memasak dijalankan.
Majlis Penangguhan Rasmi oleh Guru Besar
Setelah selesai menjamu selera, murid solat Zuhur berjemaah. Kemudian, semua  murid dan guru berehat selama 30 minit sehingga pukul 2.30 petang. Pada pukul 3.00 petang pula, murid berkumpul di padang sekolah untuk membuka dan mengemas khemah. Kemudian, aktiviti pembersihan di kawasan sekitar tapak khemah dijalankan.
Majlis penangguhan diadakan pada pukul 3.30 petang di Dewan Sekolah. Acara penangguhan rasmi itu telah dilaksanakan oleh Guru Besar SK Kg Balan, Cikgu Hambli Bin Rabi. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Para Guru dan Peserta Perkhemahan 2014

Thursday 2 October 2014

Senaman Pagi

Aktiviti senaman pagi merupakan aktiviti yang diadakan setiap pagi hari Rabu untuk murid-murid SK Kg Balan, Dalat. Objektif utama aktiviti berunsur riadah dan senaman ini adalah untuk menggalakkan murid mengamalkan gaya hidup sihat disamping menjadikan murid sihat dan cergas sepanjang berada di sekolah. Aktiviti ini turut disertai oleh para guru SK Kg Balan. Aktiviti selama 15 minit ini bermula pada pukul 7.10 pagi hingga 7.25 pagi.