Saturday 13 June 2020

PROGRAM SUKAN & KOKURIKULUM SERTA AKTIVITI LUAR YANG DITANGGUHKAN BERIKUTAN COVID-19


Merujuk kepada Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menggesa agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku, maka KPM dengan ini memutuskan agar semua program KPM yang melibatkan perhimpunan ramai seperti program sukan dan aktiviti kokurikulum bagi bulan Mac 2020 DITANGGUHKAN ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Gambar Hiasan: Latihan Sukan

Antara program yang telah ditangguhkan sejak bulan Mac lepas yang melibatkan murid SK Kampung Balan ialah Pertandingan Sofbol MSS Peringkat Kebangsaan 2020 yang sepatutnya berlangsung di Ipoh, Perak pada 14 hingga 21 Mac 2020. Murid yang terlibat ialah Mohamad Ikhwan bin Hasim.

Satu lagi program yang turut ditangguhkan ialah Mahrajan Al-Quran dan Festival Kesenian Islam, Peringkat Bahagian Mukah 2020 yang sepatunya berlangsung pada 30 Mac 2020 lepas di Daro. Murid yang terlibat ialah Ainin Sofea binti Wahed.

Pihak sekolah menyambut baik langkah penangguhan tersebut demi keselamatan murid-murid. Semoga pandemik  ini berjaya diatasi segera bagi memastikan aktiviti persekolahan berjalan seperti sediakala. Semua warga sekolah dinasihatkan agar mematuhi norma baharu dan saranan KPM bagi memastikan semua warga SK Kampung Balan sihat dan selamat daripada perkara yang tidak diingini.


Friday 13 March 2020

Mahrajan Al-Quran dan Festival Kesenian Islam, Peringkat Daerah Dalat 2020

Mahrajan Al-Quran dan Festival Kesenian Islam, Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah Dalat Tahun 2020M/1441H telah diadakan pada 5 Mac 2020.

Tuan Rumah bagi acara tersebut ialah SK Dato Pengiran Mohamad, Oya. Antara acara yang dipertandingkan ialah:
1. Tilawah Al-Quran (Lelaki/Perempuan)
2. Hafazan (Lelaki/Perempuan)
3. Daie Cilik (Lelaki/Perempuan)
4. Festival Nasyid

SK Kg Balan telah diwakili oleh:
1. Khairul Ikhwan bin Salim (Tilawah)
2. Norhasanah binti Rojaya (Tilawah)
3. Mohamad Ikhwan bin Hasim (Hafazan)
4. Ainin Sofea binti Wahed (Hafazan)

Seorang murid, Ainin Sofea muncul juara Hafazan (perempuan) dan terpilih mewakili daerah Dalat ke peringkat Bahagian di Daro pada 30 Mac 2020. Tahniah diucapkan kepada pasukan MQSS!






Juara Pertandingan Sofbol MSS Sarawak 2020

Pertandingan Sofbol MSS Sarawak 2020 telah diadakan pada 18 hingga 22 Februari 2020 yang lalu bertempat di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri.

Seramai 3 orang murid SK Kampung Balan terpilih untuk mewakili pasukan sofbol Mukah ke kejohanan tersebut. Mereka ialah Mohamad Ikhwan bin Hasim, Abdul Mukhriz bin Abdullah dan Mohammad Fadzlee bin Hamzah.

Dalam kejohanan tersebut, pasukan Mukah muncul juara setelah menewaskan 4 pasukan lain. Mohamad Ikhwan sekali lagi mengharumkan nama sekolah apabila terpilih ke peringkat kebangsaan mewakili pasukan sofbol 12TKB Sarawak. Pertandingan peringkat kebangsaan akan diadakan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak pada 16 hingga 20 Mac 2020.

Pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan sofbol Sarawak dan tahniah kepada pasukan sofbol sekolah yang telah mengharumkan nama sekolah. Walaupun merupakan sekolah kurang murid (SKM) tetapi mampu untuk melangkah jauh. Ia kecil, ia gagah!











Saturday 29 February 2020

Pertandingan Catur MSS Bahagian Mukah 2020

Pertandingan Catur MSS Bahagian Mukah 2020 telah diadakan di SMK TPDP Hajjah Normah, Daro pada 12 hinga 13 Februari 2020 yang lalu. Pasukan catur SK Kampung Balan telah menghantar satu pasukan lelaki (5 orang) dan satu pasukan perempuan (5 orang) ke pertandingan tersebut.

Pertandingan yang berlangsung selama 2 hari tersebut menyaksikan pasukan SK Kampung Balan berjaya merangkul beberapa anugerah iaitu;
1) Tempat Ke-3 Berpasukan Lelaki 12TKB
2) Tempat Ke-3 Berpasukan Perempuan 12TKB
3) Tempat Ke-3 Berpasukan Keseluruhan 12TKB
4) Tempat Ke-4 Individu Lelaki 12TKB (Mohamad Ikhwan bin Hasim)
* Mohamad Ikhwan bin Hasim tersenarai ke kejohanan peringkat negeri.

Pasukan catur disertai oleh:
1. Cralvinus bin Ruby
2. Mohamad Ikhwan bin Hasim
3. Zembry Fahil Muhd Atem Rahman
4. Mohamad Amirul Hakimi bin Mohamad Yazid
5. Khairul Ikhwan bin Salim
6. Hani Haafiqah binti Mohd Annuar
7. Normahirah binti Hasim
8. Ainin Sofea binti Wahed
9. Nur Aiena Qystina binti Muhammad Abbas
10. Nur Umairah Syahmina binti Mohamad Yazid

Tahniah atas kejayaan pasukan catur. Terima kasih kepada semua guru dan AKS SK Kampung Balan, ibu bapa dan semua yang terlibat.



Jejaka SK Kg Balan

Dewan pertandingan

Majlis Penutupan

Tempat ke-4 lelaki 12TKB

Jalan-jalan ke mercu tanda Daro



Thursday 20 February 2020

Pertandingan Catur Peringkat Sekolah


Permainan Catur merupakan sukan/permainan yang dipilih sebagai kebitaraan SK Kampung Balan pada tahun 2020. Oleh itu, Unit kokurikulum SK Kampung Balan telah mengadakan Pertandingan Catur Peringkat Sekolah pada 5 Februari 2020 (Rabu) yang lalu. Pertandingan ini disertai oleh semua murid tahap dua. 

Pertandingan ini bertujuan untuk memilih murid yang akan mewakili sekolah ke Pertandingan Catur MSS Mukah 2020 yang akan diadakan di SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah, Daro pada 12 hingga 13 Februari 2020 kelak. Seramai 10 murid (5 lelaki dan 5 perempuan) akan membawa cabaran pasukan sekolah.

Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid dalam teknik teori dan praktikal permainan catur. 








PERTANDINGAN SOFBOL MSS MUKAH 2020

Kejohanan Sofbol MSS Mukah yang berlangsung pada 03 Februari di Stadium Mukah. Seramai 8 orang murid dari SK Kampung Balan dan 4 orang murid dari SK Kampung Tanam telah membentuk sebuah pasukan gabungan dalam kejohanan itu.

Kejohanan yang disertai oleh 6 pasukan dari daerah Mukah dan Dalat itu menyaksikan pasukan gabungan SK Kampung Balan dan SK Kampung Tanam muncul juara. Naib Juara pula disandang oleh SK St. John dan ketiga, SK SLDB No. 3.


Pasukan gabungan SK Kg Balan / SK Kg Tanam
  
Pasukan gabungan SK Kg Balan / SK Kg Tanam

Fokus - semifinal vs SK SLDB 3

Juara - gabungan SK Kg Balan/SK Kg Tanam

Tiga murid SK Balan terpilih mewakili bahagian Mukah ke peringkat negeri

KEM KEPIMPINAN DAN JATI DIRI 2020


Sekolah Kebangsaan Kampung Balan, Dalat telah mengadakan Kem Kepimpinan dan Jati Diri pada 18 Januari 2020 (Sabtu) yang lalu. Kem tersebut disertai oleh barisan pengawas sekolah, semua ketua dan penolong ketua kelas serta semua murid tahap dua.

Tujuan utama penganjuran kem ini adalah untuk memberi pendedahan tentang kemahiran mengendalikan tugas kepada bukan sahaja kepada pengawas, bahkan kepada semua pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian, program ini dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan pelajar. 

Pengawas sekolah memerlukan bimbingan dan panduan yang betul. Pertambahan ilmu adalah salah satu cara yang dapat memantapkan kemahiran terhadap tugas mereka. Maka kursus kepimpinan ini dilaksanakan pada masa yang tepat.  Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan nama sekolah.

Sesi bergambar guru dan peserta kem

Lafaz ikrar


Wednesday 19 February 2020

PROGRAM MENGGOSOK GIGI

Program menggosok gigi merupakan program kesedaran penjagaan gigi pada peringkat sekolah.

Membudayakan amalan menjaga kesihatan dan kebersihan gigi

Dijalankan semasa waktu rehat

Jom ke Sekolah 2020


Pegawai Perhubungan Sekolah, Koperal Mohd Adha bin Mahri bersama guru-guru menyambut kehadiran murid

Menerapkan budaya menghormati guru

Usaha ke arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif  

Guru Besar mengiringi PPS mengadakan lawatan ke kelas


Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM ) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan sekolah dan pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PSS melalui program Jom Ke Sekolah pada awal persekolahan 20  ini diharapkan dapat menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif. 

Tuesday 30 April 2019

Pertandingan Catur Peringkat Sekolah 2019

Tarikh      : 10 April 2019 (Rabu)
Masa        : 2.45 petang  - 4.45 petang
Lokasi     : Dewan Besar, SK Kampung Balan 

Unit kokurikulum SK Kampung Balan telah mengadakan program Klinik Teori dan Teknik Permainan Catur yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Mahfooz.  Program ini diharap akan membantu memberi pendedahan kepada guru-guru, AKS sekolah dan murid-murid dalam teknik teori dan praktikal  permainan catur. 

Program adalah untuk mengukuhkan lagi kemahiran murid yang sedia ada bagi persediaan untuk menyertai pertandingan Kejohanan Catur MSS Bahagian Mukah yang bakal berlangsung.

Diharapkan penganjuran Klinik Permainan Catur oleh Unit Kokurikulum dapat memberikan pendedahan tentang teknik teori dan praktikal permainan kepada kumpulan sasaran. 

Dengan pengetahuan yang diperoleh ini juga diharapkan dapat melahirkan pelajar yang aktif mengambil bahagian dalam program  kokurikulum sekolah pada masa hadapan dan sekolah dapat melaksanakan dasar 1MURID 1 SUKAN.

Pertandingan Catur Peringkat Sekolah

Bengkel Teori dan Teknik Permainan Catur

Bengkel Teori dan Teknik Permainan Catur

Pertandingan Catur Peringkat Sekolah

Pertandingan Catur Peringkat Sekolah

Kem Kepimpinan & Jati Diri 2019

Kem Kepimpinan & Jati Diri 2019 melibatkan penyertaan pengawas sekolah, ketua & penolong ketua kelas tahun 1 hingga tahun 6 serta semua murid tahap dua telah diadakan dengan jayanya pada 19 Januari 2019 yang lalu.
Antara objektif utama kem tersebut:
1.    Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin.
2.    Mewujudkan ahli kepemimpinan dalam satu kumpulan.
3.    Meyakinkan diri sendiri dalam memimpin sesebuah organisasi.
4.    Memupuk nilai – nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan modul yang pelbagai.
5.    Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang mantap boleh menjadikan para pengawas dapat membantu kearah peningkatan akademik dan sahsiah.
6.    Melalui aktiviti – aktiviti yang telah dirancang ini, dengan harapan akan menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para pengawas apabila menghadapi tugas yang diamanahkan.
Adalah diharapkan pada akhir kem ini, para peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin kecil di sekolah dan melakukan perubahan ke arah kecemerlangan diri dan rakan-rakan seterusnya memacu kecemerlangan sekolah. Kem ini juga diharap dapat memupuk dan membudayakan murid-murid dengan nilai-nilai kepimpinan yang berkesan, sekaligus dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan membentuk barisan kepimpinan pengawas dan ketua yang kreatif dan inovatif. 

Majlis Perasmian

Aktiviti LDK

Salah satu Aktiviti LDK

Lafaz Ikrar sebagai pengawas dan ketua/penolong ketua kelas

Menandatangani Surat Akujanji
Sesi Bergambar



Thursday 17 August 2017

Minggu Kokurikulum (Karnival Mini Merdeka 2017)

Pada tahun ini, Kelab Pusat Sumber Sekolah dan Persatuan Sains telah diberi tanggungjawab untuk mengelola Minggu Kokurikulum yang mana telah bersetuju untuk mengadakan sebuah karnival mini sempena sambutan Minggu Kokurikulum Peringkat Sekolah 2017.
Karnival ini diberi nama KARNIVAL MINI MERDEKA kerana diadakan pada bulan kemerdekaan negara. Jadi, aktiviti yang akan dijalankan lebih bertema dan berunsur kemerdekaan negara.
Selain itu, karnival ini juga merupakan satu acara yang diadakan sebagai kesinambungan aktiviti mingguan kokurikulum sekolah. Karnival ini berperanan untuk menggalakkan murid aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Di samping itu, program ini memberi peluang kepada murid menimba pengalaman dalam setiap aktiviti yang diceburi.

Antara pengisian karnival ini ialah,

TARIKH / HARI
AKTIVITI / PROGRAM
07 OGOS 2017 (ISNIN)
- Gimik  Pelancaran Program Minggu
  Kokurikulum (Karnival Merdeka)
- Pertandingan Mewarna (Tahap 1)
- Pertandingan Melukis Poster
  (Tahap 2)
- Pertandingan Basikal Patriotik
08 OGOS 2017 (SELASA)
- Kempen Kibar Jalur Gemilang
09 OGOS 2017 (RABU)
Tayangan Merdeka (Kuiz selepas tayangan)
10 OGOS 2017 (KHAMIS)
Pemarkahan Pertandingan Basikal Patriotik.
11 OGOS 2017 (JUMAAT)
- Pertandingan Merentas Desa Merdeka.
- Nyanyian lagu Merdeka
- Laungan Merdeka
- Penyampaian hadiah Minggu Kokurikulum.


Koleksi Gambar:

Tayangan Merdeka & Kuiz 

Guru Besar melepaskan peserta Merentas Desa Merdeka

Peserta Basikal Patriotik & Para Guru

Johan, Naib Johan & Ketiga Pertandingan Basikal Patriotik

Kapal Layar Basikal Patriotik

Nyanyian Lagu-lagu Patriotik

Persembahan peserta Pertandingan Basikal Patriotik

 Terima kasih atas kerjasama semua warga SK Kg. Balan, PIBG SK Kg. Balan dan semua warga Kampung Balan yang telah menjayakan Minggu Kokurikulum - Karnival Mini Merdeka 2017. Sekian, terima kasih.