Monday 21 September 2015

Kraf Anyaman - Bakul Bekal Ke Sekolah



Murid murid SK Kpg Balan , Dalat di Mukah begitu bangga menunjukkan bakul anyaman yang digunakan sebagai bekas menyimpan minuman. Amalan sebegini sangat mesra alam kerana tiada beg plastik yang digunakan seperti biasa. Selain buatan yang cantik ia memberi identiti tersendiri. Murid murid SK kpg Balan ini terdiri daripada masyarakat Melanau. 
Bakul bekas untuk menyimpan bekal ke sekolah murid-murid SK Kg. Balan

Ingat Kraf Kita Jatidiri Kita
Bangga dengan kraf tradisi Sarawak.
Info dan gambar
Cikgu Roziah Nasar
Terima kasih cikgu.

Karnival Prasekolah 2015



Karnival Prasekolah 2015 – 17 Sept. 2015. Aktiviti berjalan lancar dan menghiburkan. Keadaan cuaca yang berjerebu menyebabkan beberapa acara padang terpaksa dibatalkan untuk menjamin kesihatan dan keselamatan kanak-kanak prasekolah dan semua yang terlibat. 
Jadi, hanya beberapa acara sukaneka dipertandingkan yang telah diadakan di dalam Dewan Besar SK Kg. Balan. Terima kasih kepada para ibu bapa yang telah hadir pada hari tersebut kerana kehadiran mereka telah memeriahkan lagi program tersebut. Tahniah juga kepada semua peserta.


Menggapai Bintang - UPSR 2015


Biar lambat asal selamat – Majlis Izin Ilmu sempena UPSR 2016 telah diadakan pada 4 September 2015 yang lalu. Majlis yang ringkas dan sederhana itu bertujuan untuk menghimpunkan para guru, ibu bapa dan calon UPSR agar dapat memberi motivasi dan semangat kepada murid-murid Tahun 6 sebelum menduduki UPSR yang berlangsung pada 8 hingga 10 September 2015.

Semasa majlis tersebut, Guru Besar iaitu Cikgu Hambli bin Rabi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan sokongan para ibu bapa dan PIBG yang telah banyak membantu pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti yang telah diadakan. Beliau juga berharap agar calon-calon UPSR 2016 mendapat keputusan yang membanggakan kelak. 

Guru Besar menyampaikan sumbangan alat tulis daripada pihak sekolah

Acara menyuap Pulut Kuning
Cikgu Salmah bersama dengan calon UPSR SK Balan 2015
Sebelum ini, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Dalat juga mengadakan majlis ringkas untuk murid Tahun 6. Semasa majlis tersebut, Pegawai SISC+ (Bahasa Melayu SK) Cikgu Salmah Haris turut menyampaikan sumbangan berupa alat tulis kepada 10 orang calon UPSR SK Kg Balan 2015. Beliau juga sempat mengadakan upacara memotong kek bagi meraikan murid-murid Tahun 6.

Analisa pencapaian UPSR beberapa buah sekolah Daerah Dalat 2014

Pada tahun 2014, SK Kg Balan mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam UPSR dengan mencapai sasaran lulus 100%  dengan seorang murid mendapat 5A.