Saturday 13 June 2020

PROGRAM SUKAN & KOKURIKULUM SERTA AKTIVITI LUAR YANG DITANGGUHKAN BERIKUTAN COVID-19


Merujuk kepada Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menggesa agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku, maka KPM dengan ini memutuskan agar semua program KPM yang melibatkan perhimpunan ramai seperti program sukan dan aktiviti kokurikulum bagi bulan Mac 2020 DITANGGUHKAN ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Gambar Hiasan: Latihan Sukan

Antara program yang telah ditangguhkan sejak bulan Mac lepas yang melibatkan murid SK Kampung Balan ialah Pertandingan Sofbol MSS Peringkat Kebangsaan 2020 yang sepatutnya berlangsung di Ipoh, Perak pada 14 hingga 21 Mac 2020. Murid yang terlibat ialah Mohamad Ikhwan bin Hasim.

Satu lagi program yang turut ditangguhkan ialah Mahrajan Al-Quran dan Festival Kesenian Islam, Peringkat Bahagian Mukah 2020 yang sepatunya berlangsung pada 30 Mac 2020 lepas di Daro. Murid yang terlibat ialah Ainin Sofea binti Wahed.

Pihak sekolah menyambut baik langkah penangguhan tersebut demi keselamatan murid-murid. Semoga pandemik  ini berjaya diatasi segera bagi memastikan aktiviti persekolahan berjalan seperti sediakala. Semua warga sekolah dinasihatkan agar mematuhi norma baharu dan saranan KPM bagi memastikan semua warga SK Kampung Balan sihat dan selamat daripada perkara yang tidak diingini.