Thursday 21 January 2016

Selamat Tinggal Cikgu

Aku mempunyai ramai guru yang mendidikku di sekolah. Antara mereka ialah dua orang guru yang bernama cikgu Fazlie dan ustazah Siti Zuliza. Cikgu Fazlie berasal dari Sabah manakala Ustazah Siti pula berasal dari Johor. Aku dan kawan-kawan sangat menyayangi dua orang guru tersebut.
Cikgu Fazlie ialah guru kelas semasa kami Tahun Lima. Beliau merupakan guru kelas yang terbaik. Apabila aku dan rakan-rakan gagal dalam matapelajaran yang diajarnya kami akan didenda atas kegagalan tersebut. Walaupun agak takut namun kami pasrah kerana itu merupakan penyelesaian terbaik agar kami sedar dan berusaha untuk lulus.
Pada suatu hari, pada akhir tahun aku telah diberitahu yang cikgu Fazlie akan berpindah. Kawan-kawan aku mula kelihatan sedih. Begitu juga aku yang amat menyayangi guru tersebut.
Ustazah Siti pula ialah guru yang mengajar pendidikan islam di kelas. Beliau seorang guru yang baik. Beliau akan memarahi kami apabila kami bermain ketika beliau mengajar.
Dalam percutian akhir tahun aku telah diberitahu oleh kawan-kawanku yang Ustazah Siti akan berpindah. Aku menyangka berita itu hanya khabar angin. Namun, akhirnya aku redha apabila mendapat tahu tentang kesahihan berita tersebut. Aku begitu sedih kerana semua guru yang aku sayangi pergi.
Akhir sekali, aku berharap agar guru-guru yang telah berpindah sihat-sihat sahaja. Semoga gembira dan selesa di sekolah baharu. Kami akan sentiasa merindui guru-guru yang telah berpindah. Walaupun tidak berkhidmat di sekolah ini lagi, kami akan sentiasa menyayangi guru-guru semua. Bak kata pepatah ‘jauh dimata dekat di hati’.

(Nukilan : Nursafinas Binti Hamzah, SK Kg Balan, Dalat)

No comments:

Post a Comment

Komen jer..