Saturday 22 July 2017

MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2017

BALAN - Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Sekolah, Sekolah Kebangsaan Kampung Balan, Dalat telah berjaya dianjurkan dengan begitu meriah pada 21 Julai 2017  (Jumaat). Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama pihak PIBG SK Kg. Balan itu telah dihadiri oleh penduduk Kampung Balan dan warga sekolah. Turut hadir ialah beberapa orang pegawai yang dijemput khas dari Pejabat Pendidikan Daerah Dalat. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kerana sokongan dan kerjasama yang amat baik daripada warga Kampung Balan khususnya pihak PIBG.

Biar gambar berbicaralah...

AJK Persediaan Pentas

AJK Makanan / Jamuan

Bacaan Doa oleh Tuan Haji Azni Bin Mat (Imam Masjid Kg. Balan)

Ucapan Kaunselor Dairi Bin Mahzin (YDP PIBG)

Persembahan Nyanyian Murid Prasekolah

Persembahan Tarian Murid

Sebahagian tetamu yang hadir

Tetamu-tetamu dari Pejabat Pendidikan Daerah Dalat

Tetamu-tetamu

Menjamu selera

Sesi Bergambar bersama Pegawai-Pegawai PPD

Sesi Bergambar Staf dan Warga Sekolah

Tuesday 11 July 2017

Pemeriksaan Kesihatan Murid Tahun 1

Terima kasih kepada pihak Klinik Kesihatan Oya atas kunjungan pemeriksaan kesihatan murid-murid di SK Kg. Balan pada 11 Julai 2017.



MESYUARAT PIBG 2017

Mesyuarat PIBG SK Kg. Balan yang  ke-2 telah diadakan pada 11 Julai 2017. Mesyuarat yang bermula pada pukul 2.30 petang itu membincangkan pelbagai perkara. Antaranya ialah pelantikan AJK bagi Majlis Ramah Tamah Aidilfitri peringkat sekolah, laporan perkembangan dan pencapaian murid, laporan kewangan PIBG, isu-isu disiplin murid, hal-hal berkaitan keselamatan murid dan lain-lain isu yang berkaitan murid serta mengenai peranan para ibu bapa.


Mesyuarat PIBG 
                                     
Pemuafakatan dengan Ibu bapa

Pemuafakatan dengan Ibu bapa
Tarikh Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang telah dipersetujui ialah pada 21 Julai 2017 yang akan bermula pada pukul 8.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna SK Kg. Balan.
Isu berkaitan keselamatan murid juga ditekankan khususnya berkaitan dengan pembinaan jambatan baharu yang merentasi Sungai Betei. Pihak sekolah mengingatkan ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak dan menasihati anak-anak agar tidak bermain di kawasan tersebut kerana projek pembinaan jambatan telah bermula.

Isu berkaitan disiplin murid turut dibincangkan. Secara keseluruhannya, masalah disiplin murid masih memuaskan. Ibubapa diingatkan agar memantau penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak-anak terutama berkaitan penggunaan laman sosial seperti facebook dan aplikasi WhatApps. Ibubapa diminta menasihati dan mengingatkan anak-anak agar tidak berkongsi sesuatu isu/komen yang boleh mendatangkan isu.

Pihak sekolah juga mengambil kesempatan pada hari tersebut untuk mengadakan sesi pemuafakaatan dan perjumpaan para ibu bapa dengan guru kelas anak-anak mereka bagi membincangkan perkembangan dan masalah pembelajaran anak-anak.