Sunday 23 February 2014

Tinggal Kenangan

20 Februari 2014, Khamis - Suasana pilu bagi semua warga SK Kpg Balan kerana berpindahnya Cikgu Nurul Syamimi Binti Jaafar ke sekolah baharunya SK Kpg Tanam, Dalat. Walaupun jarak sekolah baharunya cuma 4KM dari SK Kpg Balan, namun terasa tetap jauhnya seakan-akan beribu batu.

Sempena perpindahan beliau, pihak sekolah telah mengadakan satu perhimpunan khas untuk mengenang segala jasa dan sumbangan Cikgu Nurul selama beliau berada di SK Kpg Balan. Walaupun cuma sempat berkhidmat selama lebih kurang 7 bulan di SK Kpg Balan, namun beliau terpaksa berpindah atas kehendak Kementerian Pendidikan.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Nurul Syamimi atas segala jasa dan sumbangan beliau. Walaupun berat hati melepaskan pemergian beliau, namun pihak sekolah berharap agar perpindahan beliau menjadi pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan beliau dalam dunia pendidikan.
Wassalam...

"I love teacher", kata murid.

Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSS Dalat 2014

KAMPUNG BALAN, 22 FEBRUARI 2014 - Kejohanan Bola Sepak 12TKB MSS Daerah Dalat telah diadakan di Padang Kampung Balan, Dalat. Kejohanan yang disertai oleh sekolah-sekolah rendah dalam daerah Dalat itu dijalan selama dua hari yang telahpun berlangsung pada pagi 21 Februari 2014 (Jumaat). Antara sekolah rendah yang menyertai kejohanan tersebut ialah SK Kpg. Senau, SK DPM Oya, SK Sg. Kut Tengah, SK St. John, SK Sg. Ud, SK Gabungan Ulu, SK Gabungan Hilir dan SK Kpg. Igan.
Pada kejohanan tersebut, SK Kpg. Igan berjaya mengekalkan gelaran juara tahun lalu apabila menewaskan pasukan SK Kpg Senau 2-1 pada perlawanan akhir. Majlis penangguhan kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh Penyelia Ko-Kurikulum/Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Dalat, Encik Nicholas Bin Gamul.

Sebahagian daripada murid yang dipilih mewakili Daerah Dalat

Encik Nicholas menyampaikan pingat kepada pasukan SK Kpg. Igan
Suasana di Kem Urusetia Kejohanan

Sebelum perlawanan

Friday 21 February 2014

Pemeriksaan Basikal Murid

Pemeriksaan basikal murid telah dijalankan pada 17 Februari 2014 yang lalu. Aktiviti pemeriksaan basikal murid ini selaras dengan program Hal Ehwal Murid yang akan dijalankan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Pemeriksaan ini dijalankan secara mengejut di kawasan tempat letak basikal murid selepas waktu kelas tamat. Antara objektif aktiviti pemeriksaan ini ialah untuk memastikan basikal murid dilengkapi dengan komponen dan kelengkapan asas bagi memastikan basikal tersebut selamat digunakan. Antara komponen yang diambil berat semasa pemeriksaan ialah brake, tayar, stand, rantai, dan sebagainya.



Tuesday 11 February 2014

PBS Dikaji Semula


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan memutuskan untuk mengkaji semula Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara menyeluruh. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan itu adalah bagi menangani segala permasalahan yang dibangkitkan guru berkaitan PBS.
"Sebelum ini, guru mengadu mengalami masalah untuk memasukkan data berkaitan pelajar ke dalam sistem berkomputer PBS. 

"Sehubungan itu kita menangguhkan pelaksanaan aspek itu sehingga April tahun ini. 

"Hari ini kita buat keputusan untuk kaji semula pelaksanaan PBS secara menyeluruh," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Pendidikan, mengadakan perbincangan lebih sejam dengan guru SMK Presint 8(1) bagi mendengar sendiri permasalahan mereka.


Sila Click PBS Dikaji semula

Monday 10 February 2014

Sistem Pengurusan Sekolah


Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) is launched recently where teachers are required to update their personal and work information in the new online system. Please click the link below to take you to the SPS login screen.

Login Laman Web SPS


To get the indepth of the function and information about SPS, please click the PDF file link below

SPS Penyelesaian Kepada Menangani Isu Beban Tugas Guru PDF Ffile

Sunday 9 February 2014

Lencana untuk Murid Yang Berjaya Menguasai LINUS

Contoh Pemakaian Lencana Linus (*sekadar gambar hiasan)

Lencana LINUS

                                           
Pihak Jawatankuasa Linus SK Kpg. Balan telah mengambil inisiatif untuk menganugerahkan Lencana Linus kepada murid-murid Tahap 1 yang telah menguasai Linus. Langkah ini diharapkan memberi semangat dan galakkan kepada murid yang belum menguasai semua konstruk Linus (Literasi, Numerasi & Linus English) untuk berusaha menguasai kesemua konstruk Linus bagi ketiga-tiga elemen Linus tersebut secepat mungkin.

Kem Kepimpinan dan Jati Diri Murid 2014

Kumpulan Sasaran
1. Pengawas Sekolah
2. Ketua Kelas
3. Penolong Ketua Kelas
4. Pengawas Pusat Sumber
5. Semua Murid Tahap Dua

Rasional Program
Untuk meningkatkan prestasi dan mutu kerja pengawas sekolah, ketua kelas, penolong ketua kelas, pengawas pusat sumber dan semua murid tahap dua agar menjadi lebih bertanggungjawab, berdedikasi dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

Objektif program
1. Untuk melahirkan pemimpin yang tabah dan cekal serta sabar dalam menghadapi apa jua cabaran yang
    dihadapi semasa menjalankan tugas di sekolah atau dalam kehidupan rutin.
2. Memberikan bimbingan kepada kumpulan sasaran supaya sentiasa bekerjasama dalam kumpulan atau apa     jua situasi yang memerlukan kerjasama di antara mereka.
3. Menanamkan sikap kepimpinan yang baik serta amanah, yakin, sabar, suka bekerjasama di antara
    mereka.
4. Bersyukur dengan apa yang dianugerahkan oleh Tuhan dan menggunakan sebaiknya anugerah yang telah
    diberikan.
5. Melahirkan murid-murid yang rajin berusaha untuk meningkatkan potensi diri dalam pelbagai aspek    
    seperti akademik, sahsiah diri dan kebolehan semulajadi.

Aktiviti Icebreaking
Ceramah Kepimpinan
LDK 1 : Cabaran Kepimpinan
LDK2 - kerjasama dalam sukan
Penyampaian Sijil Penyertaan