Tuesday 30 April 2019

Pertandingan Catur Peringkat Sekolah 2019

Tarikh      : 10 April 2019 (Rabu)
Masa        : 2.45 petang  - 4.45 petang
Lokasi     : Dewan Besar, SK Kampung Balan 

Unit kokurikulum SK Kampung Balan telah mengadakan program Klinik Teori dan Teknik Permainan Catur yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Mahfooz.  Program ini diharap akan membantu memberi pendedahan kepada guru-guru, AKS sekolah dan murid-murid dalam teknik teori dan praktikal  permainan catur. 

Program adalah untuk mengukuhkan lagi kemahiran murid yang sedia ada bagi persediaan untuk menyertai pertandingan Kejohanan Catur MSS Bahagian Mukah yang bakal berlangsung.

Diharapkan penganjuran Klinik Permainan Catur oleh Unit Kokurikulum dapat memberikan pendedahan tentang teknik teori dan praktikal permainan kepada kumpulan sasaran. 

Dengan pengetahuan yang diperoleh ini juga diharapkan dapat melahirkan pelajar yang aktif mengambil bahagian dalam program  kokurikulum sekolah pada masa hadapan dan sekolah dapat melaksanakan dasar 1MURID 1 SUKAN.

Pertandingan Catur Peringkat Sekolah

Bengkel Teori dan Teknik Permainan Catur

Bengkel Teori dan Teknik Permainan Catur

Pertandingan Catur Peringkat Sekolah

Pertandingan Catur Peringkat Sekolah

Kem Kepimpinan & Jati Diri 2019

Kem Kepimpinan & Jati Diri 2019 melibatkan penyertaan pengawas sekolah, ketua & penolong ketua kelas tahun 1 hingga tahun 6 serta semua murid tahap dua telah diadakan dengan jayanya pada 19 Januari 2019 yang lalu.
Antara objektif utama kem tersebut:
1.    Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin.
2.    Mewujudkan ahli kepemimpinan dalam satu kumpulan.
3.    Meyakinkan diri sendiri dalam memimpin sesebuah organisasi.
4.    Memupuk nilai – nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan modul yang pelbagai.
5.    Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang mantap boleh menjadikan para pengawas dapat membantu kearah peningkatan akademik dan sahsiah.
6.    Melalui aktiviti – aktiviti yang telah dirancang ini, dengan harapan akan menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para pengawas apabila menghadapi tugas yang diamanahkan.
Adalah diharapkan pada akhir kem ini, para peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin kecil di sekolah dan melakukan perubahan ke arah kecemerlangan diri dan rakan-rakan seterusnya memacu kecemerlangan sekolah. Kem ini juga diharap dapat memupuk dan membudayakan murid-murid dengan nilai-nilai kepimpinan yang berkesan, sekaligus dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan membentuk barisan kepimpinan pengawas dan ketua yang kreatif dan inovatif. 

Majlis Perasmian

Aktiviti LDK

Salah satu Aktiviti LDK

Lafaz Ikrar sebagai pengawas dan ketua/penolong ketua kelas

Menandatangani Surat Akujanji
Sesi Bergambar