Monday, 13 July 2015

Iftar SK Kg Balan 2015

Majlis Berbuka Puasa SK Kg Balan telah diadakan pada 14 Julai 2015 (26 Ramadan). Antara aktiviti pada hari tersebut ialah Tadarus Al-Quran dan Solat Maghrib berjemaah. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YDP PIBG Encik Dairi Bin Mahzin, para ibu bapa, guru-guru dan murid-murid. Majlis yang julung kali diadakan ini berjalan secara sederhana namun sangat memberi banyak manfaat dan pengalaman yang baharu kepada semua warga SK Balan dan para ibu bapa. Sekali lagi kerjasama yang sangat baik daripada para ibu bapa telah membantu menjayakan Malis Iftar ini. Terima kasih kepada para ibu bapa yang telah memberi sumbangan makanan dan minuman untuk majlis ini. Jutaan terima kasih juga kepada para ibu bapa yang telah membantu menyediakan persiapan juadah. Moga kita semua mendapat berkat sempena bulan yang mulia ini.
Tadarus Al-Quran

Solat Maghrib

"Sungkey"

Guru-guru dan Ibu Bapa

Pemuafakatan Ibu Bapa Murid Tahun 6

Menjelang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bakal tiba, SK Kg Balan telah mengambil langkah awal untuk mengadakan sesi pemuafakatan bersama dengan para ibu bapa murid Tahun 6. Antara objektif program ini adalah untuk melibatkan usaha dan peranan para ibu bapa di rumah agar memberi pemantauan dan bimbingan yang lebih terhadap usaha akhir anak-anak sebelum UPSR. Pihak sekolah memandang serius peranan ibu bapa di rumah dalam membantu kesinambungan pembelajaran anak-anak selepas sesi persekolahan. Selain itu, objektif lain program tersebut adalah untuk memantau tahap perkembangan pelajaran semasa murid-murid. Dengan pertemuan tersebut juga, para guru dan ibu bapa boleh berkongsi pandangan dan pendapat mengenai proses pembelajaran murid-murid dengan mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid samada di sekolah mahupun semasa di rumah.


Thursday, 9 July 2015

Laptop 1Malaysia

SK Kg Balan, Dalat telah menerima sumbangan 41 buah laptop 1Malaysia yang telah diterima kira-kira sebulan yang lepas. Dengan adanya kemudahan ini, murid-murid kini dapat menterjemahkan kemahiran ICT yang mereka pelajari di dalam kelas dalam bentuk latihan amali. hal ini akan membantu mencapai objektif pihak Kementerian Pendidikan untuk memastikan murid-murid mahir dengan ICT.

Murid-murid Tahun 5 sedang menyiapkan tugasan

Menyiapkan tugasan

Murid yang mahir ICT membimbing rakan-rakan

Laptop-laptop Disimpan Dalam Peti Keselamatan Khas