Biar lambat asal selamat – Majlis Izin Ilmu sempena UPSR
2016 telah diadakan pada 4 September 2015 yang lalu. Majlis yang ringkas dan
sederhana itu bertujuan untuk menghimpunkan para guru, ibu bapa dan calon UPSR
agar dapat memberi motivasi dan semangat kepada murid-murid Tahun 6 sebelum menduduki UPSR yang berlangsung pada 8 hingga 10 September 2015.
Semasa majlis tersebut, Guru Besar iaitu Cikgu Hambli bin
Rabi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan sokongan para ibu bapa
dan PIBG yang telah banyak membantu pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai
program dan aktiviti yang telah diadakan. Beliau juga berharap agar calon-calon
UPSR 2016 mendapat keputusan yang membanggakan kelak.
|
Guru Besar menyampaikan sumbangan alat tulis daripada pihak sekolah |
|
Acara menyuap Pulut Kuning |
|
Cikgu Salmah bersama dengan calon UPSR SK Balan 2015 |
Sebelum ini, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Dalat juga
mengadakan majlis ringkas untuk murid Tahun 6. Semasa majlis tersebut, Pegawai SISC+ (Bahasa Melayu SK) Cikgu Salmah Haris turut menyampaikan sumbangan berupa alat tulis kepada 10
orang calon UPSR SK Kg Balan 2015. Beliau juga sempat mengadakan upacara
memotong kek bagi meraikan murid-murid Tahun 6.
|
Analisa pencapaian UPSR beberapa buah sekolah Daerah Dalat 2014 |
Pada tahun 2014, SK Kg Balan mencatatkan keputusan yang
cemerlang dalam UPSR dengan mencapai sasaran lulus 100% dengan seorang murid mendapat 5A.