Pada tahun ini, Kelab Pusat
Sumber Sekolah dan Persatuan Sains telah diberi tanggungjawab untuk
mengelola Minggu Kokurikulum yang mana telah bersetuju untuk
mengadakan sebuah karnival mini sempena sambutan Minggu
Kokurikulum Peringkat Sekolah 2017.
Karnival ini diberi
nama KARNIVAL MINI MERDEKA kerana diadakan pada bulan
kemerdekaan negara. Jadi, aktiviti yang akan dijalankan lebih bertema dan
berunsur kemerdekaan negara.
Selain itu, karnival ini
juga merupakan satu acara yang diadakan sebagai kesinambungan aktiviti mingguan
kokurikulum sekolah. Karnival ini berperanan untuk menggalakkan murid aktif
dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Di samping itu, program ini
memberi peluang kepada murid menimba pengalaman dalam setiap aktiviti yang
diceburi.
Antara pengisian
karnival ini ialah,
TARIKH /
HARI
|
AKTIVITI
/ PROGRAM
|
07 OGOS
2017 (ISNIN)
|
- Gimik Pelancaran Program Minggu
Kokurikulum
(Karnival Merdeka)
|
- Pertandingan Mewarna (Tahap 1)
- Pertandingan Melukis Poster
(Tahap 2)
|
|
- Pertandingan Basikal Patriotik
|
|
08 OGOS
2017 (SELASA)
|
- Kempen Kibar Jalur Gemilang
|
09 OGOS
2017 (RABU)
|
Tayangan Merdeka (Kuiz selepas tayangan)
|
10 OGOS
2017 (KHAMIS)
|
Pemarkahan Pertandingan Basikal Patriotik.
|
11 OGOS
2017 (JUMAAT)
|
- Pertandingan Merentas Desa Merdeka.
- Nyanyian lagu Merdeka
- Laungan Merdeka
- Penyampaian hadiah Minggu Kokurikulum.
|
Koleksi Gambar:
Tayangan Merdeka & Kuiz |
Guru Besar melepaskan peserta Merentas Desa Merdeka |
Peserta Basikal Patriotik & Para Guru |
Johan, Naib Johan & Ketiga Pertandingan Basikal Patriotik |
Nyanyian Lagu-lagu Patriotik |
Persembahan peserta Pertandingan Basikal Patriotik |
Terima kasih atas kerjasama semua warga SK Kg. Balan, PIBG SK Kg. Balan dan semua warga Kampung Balan yang telah menjayakan Minggu Kokurikulum - Karnival Mini Merdeka 2017. Sekian, terima kasih.