Sunday 23 February 2014

Tinggal Kenangan

20 Februari 2014, Khamis - Suasana pilu bagi semua warga SK Kpg Balan kerana berpindahnya Cikgu Nurul Syamimi Binti Jaafar ke sekolah baharunya SK Kpg Tanam, Dalat. Walaupun jarak sekolah baharunya cuma 4KM dari SK Kpg Balan, namun terasa tetap jauhnya seakan-akan beribu batu.

Sempena perpindahan beliau, pihak sekolah telah mengadakan satu perhimpunan khas untuk mengenang segala jasa dan sumbangan Cikgu Nurul selama beliau berada di SK Kpg Balan. Walaupun cuma sempat berkhidmat selama lebih kurang 7 bulan di SK Kpg Balan, namun beliau terpaksa berpindah atas kehendak Kementerian Pendidikan.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Nurul Syamimi atas segala jasa dan sumbangan beliau. Walaupun berat hati melepaskan pemergian beliau, namun pihak sekolah berharap agar perpindahan beliau menjadi pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan beliau dalam dunia pendidikan.
Wassalam...

"I love teacher", kata murid.

No comments:

Post a Comment

Komen jer..