Monday 13 October 2014

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK KG Balan 2014

Aktiviti Ice Breaking
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Peringkat Sekolah SK Kg Balan 2014 telah diadakan dengan jayanya pada 10 Oktober sehingga 11 Oktober 2014 yang lalu. Peserta yang terlibat ialah semua murid tahun 4 hingga tahun 6 seramai 40 orang. 
Aktiviti tahunan sekolah itu bermula dengan pendaftaran para peserta pada pukul 2.30 petang Jumaat. Selesai sahaja pendaftaran, taklimat mengenai program telah disampaikan oleh Kem Komandan, Cikgu Ayu Bin Bohari.
Antara objektif perkhemahan ini ialah :
a)     Membentuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan murid.
Aktiviti Memasang Khemah
b)     Melatih murid untuk berdikari.
c)      Menguji ketahanan mental dan fizikal murid.
d)     Mengaplikasikan kemahiran dan ilmu yang murid pelajari secara amali.
e)     Memberi pendedahan awal kepada murid mengenai aktiviti perkhemahan.

Sebaik sahaja selesai taklimat ringkas, aktiviti ice breaking diadakan. Aktiviti yang diketuai oleh Cikgu Roziah binti nasar itu bertujuan untuk membentuk semangat berpasukan dalam kalangan murid-murid melalui pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan.
Aktiviti Ceramah Agama 
Kemudian, murid bergerak ke padang sekolah untuk memasang khemah. Murid telah dibahagikan kepada  kumpulan empat kumpulan yang terdiri dariapda 10 orang murid bagi satu khemah.
Selesai sahaja memasang khemah, murid bergegas mandi untuk aktiviti solat berjemaah di Surau Al-Husna SK Kg Balan. Aktiviti ceramah dan tazkirah turut diadakan yang diketuai oleh Ustaz Ag Asri Ag Ali.
Ceramah Ikatan dan Simpulan Tali
Selepas selesai solat Isyak, murid berhenti rehat untuk minum malam sebelum aktiviti ceramah dan amali  Ikatan dan Simpulan Tali yang diadakan pada pukul 9.00 malam. Murid telah diperkenalkan pelbagai jenis ikatan dan simpulan tali yang asas yang biasa digunakan dalam semua aktiviti perkhemahan.  Tamat sahaja aktiviti ikatan tali, murid kemudian berkumpul untuk mendengar taklimat ringkas sebelum tidur.
Keesokkan harinya, murid bangun pada pukul 4.30 pagi untuk mandi kemudian solat Subuh berjemaah. Selepas itu, murid bersarapan di bilik RMT. Selesai sarapan, murid bersedia di Dewan Sekolah sebelum acara berbasikal ke Kampung Tanam yang dimulakan pada pukul 7.30 pagi. Konvoi berbasikal ini mendapat kerjasama daripada pihak Polis Trafik Dalat yang bertanggungjawab mengetuai konvoi bagi memastikan keselamatan semua peserta konvoi dalam keadaan selamat.
Konvoi Berbasikal
Aktiviti Memasak
Konvoi berbasikal tamat sekitar pukul 09.00 pagi. Selepas itu, murid berehat sebelum aktiviti memasak diadakan.  Menu masakan pada hari tersebut ialah ayam pansuh. Murid diberi tunjuk ajar oleh Cikgu Selvia sebelum aktiviti masakan dijalankan.
Aktiviti memasak tamat sekitar pukul 12.30 tengah hari. Murid begitu seronok menikmati juadah hasil masakan sendiri. Murid telah menunjukkan semangat kerjasama berpasukan yang tinggi sepanjang aktiviti memasak dijalankan.
Majlis Penangguhan Rasmi oleh Guru Besar
Setelah selesai menjamu selera, murid solat Zuhur berjemaah. Kemudian, semua  murid dan guru berehat selama 30 minit sehingga pukul 2.30 petang. Pada pukul 3.00 petang pula, murid berkumpul di padang sekolah untuk membuka dan mengemas khemah. Kemudian, aktiviti pembersihan di kawasan sekitar tapak khemah dijalankan.
Majlis penangguhan diadakan pada pukul 3.30 petang di Dewan Sekolah. Acara penangguhan rasmi itu telah dilaksanakan oleh Guru Besar SK Kg Balan, Cikgu Hambli Bin Rabi. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Para Guru dan Peserta Perkhemahan 2014

No comments:

Post a Comment

Komen jer..