Monday, 4 January 2016

Murid Baharu 2016

Hari ini, 4 Januari merupakan hari pertama persekolahan sesi 2016. Setiap kali hari pertama persekolahan, gelagat murid tahun satu pasti menjadi perhatian dengan ada antaranya menangis apabila berpisah dengan ibu bapa yang menghantar mereka.


Murid sudah biasa dengan suasana kelas dan pakaian seragam baharu.
Bagaimanapun, suasana tersebut sudah jarang dilihat sekarang ini kerana murid tahun satu sekarang lebih berdikari dan bijak untuk menyesuaikan diri dengan sesi pertama persekolahan hasil pengalaman dari prasekolah dan tadika.

Pendidikan awal prasekolah banyak membantu membentuk kematangan anak-anak. Murid lebih berkeyakinan dan seronok untuk memulakan persekolahan apabila mereka dilihat sangat bersemangat di dalam kelas.

Tidak ketinggalan murid tahun satu SK Kg Balan seramai 13 orang yang turut merasai pengalaman pertama masuk ke tahun satu. Kebanyakan murid seronok dan seperti "sudah terbiasa" dengan bangunan sekolah dan guru-guru.

Walaupun sudah mampu menyesuaikan diri, murid-murid tahun satu di semua sekolah seluruh negara akan menjalani program khas yang dikenali dengan Program Transisi Tahun Satu untuk membantu murid-murid ini mengenali suasana dan budaya baharu sebelum memulakan sesi pembelajaran kelak.

Semoga semangat dan keyakinan ini berterusan dalam usaha anak-anak menimba ilmu agar memperoleh kejayaan hidup di dunia mahupun di akhirat.
Semua murid diaghkan cupcake (sumbangan Cikgu Roziah) pada hari pertama persekolahan

No comments:

Post a Comment

Komen jer..