Thursday, 17 August 2017

Minggu Kokurikulum (Karnival Mini Merdeka 2017)

Pada tahun ini, Kelab Pusat Sumber Sekolah dan Persatuan Sains telah diberi tanggungjawab untuk mengelola Minggu Kokurikulum yang mana telah bersetuju untuk mengadakan sebuah karnival mini sempena sambutan Minggu Kokurikulum Peringkat Sekolah 2017.
Karnival ini diberi nama KARNIVAL MINI MERDEKA kerana diadakan pada bulan kemerdekaan negara. Jadi, aktiviti yang akan dijalankan lebih bertema dan berunsur kemerdekaan negara.
Selain itu, karnival ini juga merupakan satu acara yang diadakan sebagai kesinambungan aktiviti mingguan kokurikulum sekolah. Karnival ini berperanan untuk menggalakkan murid aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Di samping itu, program ini memberi peluang kepada murid menimba pengalaman dalam setiap aktiviti yang diceburi.

Antara pengisian karnival ini ialah,

TARIKH / HARI
AKTIVITI / PROGRAM
07 OGOS 2017 (ISNIN)
- Gimik  Pelancaran Program Minggu
  Kokurikulum (Karnival Merdeka)
- Pertandingan Mewarna (Tahap 1)
- Pertandingan Melukis Poster
  (Tahap 2)
- Pertandingan Basikal Patriotik
08 OGOS 2017 (SELASA)
- Kempen Kibar Jalur Gemilang
09 OGOS 2017 (RABU)
Tayangan Merdeka (Kuiz selepas tayangan)
10 OGOS 2017 (KHAMIS)
Pemarkahan Pertandingan Basikal Patriotik.
11 OGOS 2017 (JUMAAT)
- Pertandingan Merentas Desa Merdeka.
- Nyanyian lagu Merdeka
- Laungan Merdeka
- Penyampaian hadiah Minggu Kokurikulum.


Koleksi Gambar:

Tayangan Merdeka & Kuiz 

Guru Besar melepaskan peserta Merentas Desa Merdeka

Peserta Basikal Patriotik & Para Guru

Johan, Naib Johan & Ketiga Pertandingan Basikal Patriotik

Kapal Layar Basikal Patriotik

Nyanyian Lagu-lagu Patriotik

Persembahan peserta Pertandingan Basikal Patriotik

 Terima kasih atas kerjasama semua warga SK Kg. Balan, PIBG SK Kg. Balan dan semua warga Kampung Balan yang telah menjayakan Minggu Kokurikulum - Karnival Mini Merdeka 2017. Sekian, terima kasih.


Saturday, 22 July 2017

MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2017

BALAN - Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Sekolah, Sekolah Kebangsaan Kampung Balan, Dalat telah berjaya dianjurkan dengan begitu meriah pada 21 Julai 2017  (Jumaat). Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama pihak PIBG SK Kg. Balan itu telah dihadiri oleh penduduk Kampung Balan dan warga sekolah. Turut hadir ialah beberapa orang pegawai yang dijemput khas dari Pejabat Pendidikan Daerah Dalat. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kerana sokongan dan kerjasama yang amat baik daripada warga Kampung Balan khususnya pihak PIBG.

Biar gambar berbicaralah...

AJK Persediaan Pentas

AJK Makanan / Jamuan

Bacaan Doa oleh Tuan Haji Azni Bin Mat (Imam Masjid Kg. Balan)

Ucapan Kaunselor Dairi Bin Mahzin (YDP PIBG)

Persembahan Nyanyian Murid Prasekolah

Persembahan Tarian Murid

Sebahagian tetamu yang hadir

Tetamu-tetamu dari Pejabat Pendidikan Daerah Dalat

Tetamu-tetamu

Menjamu selera

Sesi Bergambar bersama Pegawai-Pegawai PPD

Sesi Bergambar Staf dan Warga Sekolah

Tuesday, 11 July 2017

Pemeriksaan Kesihatan Murid Tahun 1

Terima kasih kepada pihak Klinik Kesihatan Oya atas kunjungan pemeriksaan kesihatan murid-murid di SK Kg. Balan pada 11 Julai 2017.



MESYUARAT PIBG 2017

Mesyuarat PIBG SK Kg. Balan yang  ke-2 telah diadakan pada 11 Julai 2017. Mesyuarat yang bermula pada pukul 2.30 petang itu membincangkan pelbagai perkara. Antaranya ialah pelantikan AJK bagi Majlis Ramah Tamah Aidilfitri peringkat sekolah, laporan perkembangan dan pencapaian murid, laporan kewangan PIBG, isu-isu disiplin murid, hal-hal berkaitan keselamatan murid dan lain-lain isu yang berkaitan murid serta mengenai peranan para ibu bapa.


Mesyuarat PIBG 
                                     
Pemuafakatan dengan Ibu bapa

Pemuafakatan dengan Ibu bapa
Tarikh Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang telah dipersetujui ialah pada 21 Julai 2017 yang akan bermula pada pukul 8.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna SK Kg. Balan.
Isu berkaitan keselamatan murid juga ditekankan khususnya berkaitan dengan pembinaan jambatan baharu yang merentasi Sungai Betei. Pihak sekolah mengingatkan ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak dan menasihati anak-anak agar tidak bermain di kawasan tersebut kerana projek pembinaan jambatan telah bermula.

Isu berkaitan disiplin murid turut dibincangkan. Secara keseluruhannya, masalah disiplin murid masih memuaskan. Ibubapa diingatkan agar memantau penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak-anak terutama berkaitan penggunaan laman sosial seperti facebook dan aplikasi WhatApps. Ibubapa diminta menasihati dan mengingatkan anak-anak agar tidak berkongsi sesuatu isu/komen yang boleh mendatangkan isu.

Pihak sekolah juga mengambil kesempatan pada hari tersebut untuk mengadakan sesi pemuafakaatan dan perjumpaan para ibu bapa dengan guru kelas anak-anak mereka bagi membincangkan perkembangan dan masalah pembelajaran anak-anak.


Saturday, 21 January 2017

Kem Kepimpinan dan Jatidiri Murid 2017

Unit Hal Ehwal Murid SK Kg. Balan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling  telah mengadakan Kem Kepimpinan dan Jati Diri Murid 2017 pada 21 Januari 2017 (Sabtu). Program yang bermula seawal 7.00 pagi itu telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama semua Guru, AKS dan murid. Kem tersebut disertai oleh 40 orang murid yang terdiri daripada barisan pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber Sekolah, semua ketua dan penolong ketua kelas serta semua murid tahap dua.

Matlamat utama pelaksanan program tersebut ialah;
1.  Meningkatkan jati diri murid,
2. Meningkatkan daya ketahanan dari segi fizikal dan mental,
3. Menjalin hubungan baik dalam kalangan rakan dan lembaga pengawas,
4. Melahirkan bakal pemimpin yang berkualiti dan berwawasan.

Beberapa aktiviti yang dirancang telah berjaya memberi pengalaman baharu kepada semua peserta tentang tanggungjawab dan kepimpinan. Sikap dan jati diri murid diharap dapat dibentuk melalui pelaksanaan beberapa aktiviti LDK dan ceramah daripada para guru. Antara lain aktiviti pada hari tersebut ialah ikrar dan akujanji oleh barisan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah serta ketua dan penolong ketua kelas.

Guru Besar SK Kg. Balan, Cikgu Hambli Bin Rabi mengingatkan para peserta agar mengutamakan akademik dan pelajaran khususnya bagi murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Beliau juga berharap agar tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh murid di sekolah tidak menjadi alasan kepada murid untuk gagal menguasai pembelajaran.

Kem tersebut tamat pada pukul 1.30 petang. Sebelum bersurai para peserta mengambil peluang mengambil gambar sebagai tanda kenang-kenangan.

Taklimat kepada para peserta

LDK : Kenali Rakan

LDK : Cari dan Bawa

Lafaz Ikrar dipimpin oleh adik Vannessy Sherry Binti Madin selaku Ketua Pengawas 2017

Menandatangani Ikrar dan Akujanji

Para guru dan peserta Kem Kepimpinan dan Jati Diri 2017

Majlis Penutupan Program Transisi Tahun Satu 2017

Tarikh : 20 Januari 2017
Hari : Jumaat

Murid Tahun Satu 2017: Hanya 6 orang murid yang didaftar pada tahun 2017

Guru Kelas, Cikgu Tanti dan murid-murid memotong kek sebagai simbolik kepada penutupan Program Tarnsisi

Para ibu bapa dan guru menjamu selera