Unit Hal Ehwal Murid SK Kg. Balan dengan kerjasama Unit
Bimbingan dan Kaunseling telah
mengadakan Kem Kepimpinan dan Jati Diri Murid 2017 pada 21 Januari 2017
(Sabtu). Program yang bermula seawal 7.00 pagi itu telah berjaya dilaksanakan
dengan jayanya hasil kerjasama semua Guru, AKS dan murid. Kem tersebut disertai
oleh 40 orang murid yang terdiri daripada barisan pengawas sekolah, pengawas
Pusat Sumber Sekolah, semua ketua dan penolong ketua kelas serta semua murid
tahap dua.
Matlamat utama pelaksanan program tersebut ialah;
1. Meningkatkan jati diri murid,
2. Meningkatkan daya ketahanan dari segi fizikal
dan mental,
3. Menjalin hubungan baik dalam kalangan rakan dan
lembaga pengawas,
4. Melahirkan bakal pemimpin yang berkualiti dan
berwawasan.
Beberapa aktiviti yang dirancang telah berjaya memberi
pengalaman baharu kepada semua peserta tentang tanggungjawab dan kepimpinan.
Sikap dan jati diri murid diharap dapat dibentuk melalui pelaksanaan beberapa
aktiviti LDK dan ceramah daripada para guru. Antara lain aktiviti pada hari
tersebut ialah ikrar dan akujanji oleh barisan pengawas sekolah dan pengawas
pusat sumber sekolah serta ketua dan penolong ketua kelas.
Guru Besar SK Kg. Balan, Cikgu Hambli Bin Rabi mengingatkan
para peserta agar mengutamakan akademik dan pelajaran khususnya bagi murid
Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Beliau juga berharap agar tugas
dan tanggungjawab yang dipikul oleh murid di sekolah tidak menjadi alasan
kepada murid untuk gagal menguasai pembelajaran.
Kem tersebut tamat pada pukul 1.30 petang. Sebelum bersurai
para peserta mengambil peluang mengambil gambar sebagai tanda kenang-kenangan.
Taklimat kepada para peserta |
LDK : Kenali Rakan |
LDK : Cari dan Bawa |
Lafaz Ikrar dipimpin oleh adik Vannessy Sherry Binti Madin selaku Ketua Pengawas 2017 |
Menandatangani Ikrar dan Akujanji |
Para guru dan peserta Kem Kepimpinan dan Jati Diri 2017 |