Tuesday, 30 April 2019

Kem Kepimpinan & Jati Diri 2019

Kem Kepimpinan & Jati Diri 2019 melibatkan penyertaan pengawas sekolah, ketua & penolong ketua kelas tahun 1 hingga tahun 6 serta semua murid tahap dua telah diadakan dengan jayanya pada 19 Januari 2019 yang lalu.
Antara objektif utama kem tersebut:
1.    Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin.
2.    Mewujudkan ahli kepemimpinan dalam satu kumpulan.
3.    Meyakinkan diri sendiri dalam memimpin sesebuah organisasi.
4.    Memupuk nilai – nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan modul yang pelbagai.
5.    Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang mantap boleh menjadikan para pengawas dapat membantu kearah peningkatan akademik dan sahsiah.
6.    Melalui aktiviti – aktiviti yang telah dirancang ini, dengan harapan akan menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para pengawas apabila menghadapi tugas yang diamanahkan.
Adalah diharapkan pada akhir kem ini, para peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin kecil di sekolah dan melakukan perubahan ke arah kecemerlangan diri dan rakan-rakan seterusnya memacu kecemerlangan sekolah. Kem ini juga diharap dapat memupuk dan membudayakan murid-murid dengan nilai-nilai kepimpinan yang berkesan, sekaligus dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan membentuk barisan kepimpinan pengawas dan ketua yang kreatif dan inovatif. 

Majlis Perasmian

Aktiviti LDK

Salah satu Aktiviti LDK

Lafaz Ikrar sebagai pengawas dan ketua/penolong ketua kelas

Menandatangani Surat Akujanji
Sesi Bergambar



No comments:

Post a Comment

Komen jer..