Saturday, 29 February 2020

Pertandingan Catur MSS Bahagian Mukah 2020

Pertandingan Catur MSS Bahagian Mukah 2020 telah diadakan di SMK TPDP Hajjah Normah, Daro pada 12 hinga 13 Februari 2020 yang lalu. Pasukan catur SK Kampung Balan telah menghantar satu pasukan lelaki (5 orang) dan satu pasukan perempuan (5 orang) ke pertandingan tersebut.

Pertandingan yang berlangsung selama 2 hari tersebut menyaksikan pasukan SK Kampung Balan berjaya merangkul beberapa anugerah iaitu;
1) Tempat Ke-3 Berpasukan Lelaki 12TKB
2) Tempat Ke-3 Berpasukan Perempuan 12TKB
3) Tempat Ke-3 Berpasukan Keseluruhan 12TKB
4) Tempat Ke-4 Individu Lelaki 12TKB (Mohamad Ikhwan bin Hasim)
* Mohamad Ikhwan bin Hasim tersenarai ke kejohanan peringkat negeri.

Pasukan catur disertai oleh:
1. Cralvinus bin Ruby
2. Mohamad Ikhwan bin Hasim
3. Zembry Fahil Muhd Atem Rahman
4. Mohamad Amirul Hakimi bin Mohamad Yazid
5. Khairul Ikhwan bin Salim
6. Hani Haafiqah binti Mohd Annuar
7. Normahirah binti Hasim
8. Ainin Sofea binti Wahed
9. Nur Aiena Qystina binti Muhammad Abbas
10. Nur Umairah Syahmina binti Mohamad Yazid

Tahniah atas kejayaan pasukan catur. Terima kasih kepada semua guru dan AKS SK Kampung Balan, ibu bapa dan semua yang terlibat.



Jejaka SK Kg Balan

Dewan pertandingan

Majlis Penutupan

Tempat ke-4 lelaki 12TKB

Jalan-jalan ke mercu tanda Daro



Thursday, 20 February 2020

Pertandingan Catur Peringkat Sekolah


Permainan Catur merupakan sukan/permainan yang dipilih sebagai kebitaraan SK Kampung Balan pada tahun 2020. Oleh itu, Unit kokurikulum SK Kampung Balan telah mengadakan Pertandingan Catur Peringkat Sekolah pada 5 Februari 2020 (Rabu) yang lalu. Pertandingan ini disertai oleh semua murid tahap dua. 

Pertandingan ini bertujuan untuk memilih murid yang akan mewakili sekolah ke Pertandingan Catur MSS Mukah 2020 yang akan diadakan di SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah, Daro pada 12 hingga 13 Februari 2020 kelak. Seramai 10 murid (5 lelaki dan 5 perempuan) akan membawa cabaran pasukan sekolah.

Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid dalam teknik teori dan praktikal permainan catur. 








PERTANDINGAN SOFBOL MSS MUKAH 2020

Kejohanan Sofbol MSS Mukah yang berlangsung pada 03 Februari di Stadium Mukah. Seramai 8 orang murid dari SK Kampung Balan dan 4 orang murid dari SK Kampung Tanam telah membentuk sebuah pasukan gabungan dalam kejohanan itu.

Kejohanan yang disertai oleh 6 pasukan dari daerah Mukah dan Dalat itu menyaksikan pasukan gabungan SK Kampung Balan dan SK Kampung Tanam muncul juara. Naib Juara pula disandang oleh SK St. John dan ketiga, SK SLDB No. 3.


Pasukan gabungan SK Kg Balan / SK Kg Tanam
  
Pasukan gabungan SK Kg Balan / SK Kg Tanam

Fokus - semifinal vs SK SLDB 3

Juara - gabungan SK Kg Balan/SK Kg Tanam

Tiga murid SK Balan terpilih mewakili bahagian Mukah ke peringkat negeri

KEM KEPIMPINAN DAN JATI DIRI 2020


Sekolah Kebangsaan Kampung Balan, Dalat telah mengadakan Kem Kepimpinan dan Jati Diri pada 18 Januari 2020 (Sabtu) yang lalu. Kem tersebut disertai oleh barisan pengawas sekolah, semua ketua dan penolong ketua kelas serta semua murid tahap dua.

Tujuan utama penganjuran kem ini adalah untuk memberi pendedahan tentang kemahiran mengendalikan tugas kepada bukan sahaja kepada pengawas, bahkan kepada semua pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian, program ini dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan pelajar. 

Pengawas sekolah memerlukan bimbingan dan panduan yang betul. Pertambahan ilmu adalah salah satu cara yang dapat memantapkan kemahiran terhadap tugas mereka. Maka kursus kepimpinan ini dilaksanakan pada masa yang tepat.  Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan nama sekolah.

Sesi bergambar guru dan peserta kem

Lafaz ikrar


Wednesday, 19 February 2020

PROGRAM MENGGOSOK GIGI

Program menggosok gigi merupakan program kesedaran penjagaan gigi pada peringkat sekolah.

Membudayakan amalan menjaga kesihatan dan kebersihan gigi

Dijalankan semasa waktu rehat

Jom ke Sekolah 2020


Pegawai Perhubungan Sekolah, Koperal Mohd Adha bin Mahri bersama guru-guru menyambut kehadiran murid

Menerapkan budaya menghormati guru

Usaha ke arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif  

Guru Besar mengiringi PPS mengadakan lawatan ke kelas


Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM ) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan sekolah dan pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PSS melalui program Jom Ke Sekolah pada awal persekolahan 20  ini diharapkan dapat menjadi medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif.