Sekolah Kebangsaan Kampung Balan, Dalat telah mengadakan Kem Kepimpinan dan Jati Diri pada 18 Januari 2020 (Sabtu) yang lalu. Kem tersebut disertai oleh barisan pengawas sekolah, semua ketua dan penolong ketua kelas serta semua murid tahap dua.
Tujuan utama
penganjuran kem ini adalah untuk memberi pendedahan tentang kemahiran mengendalikan tugas kepada bukan sahaja kepada pengawas, bahkan kepada semua pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi
cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian,
program ini dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan,
pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan pelajar.
Pengawas
sekolah memerlukan bimbingan dan panduan
yang betul. Pertambahan ilmu adalah salah satu cara yang dapat memantapkan kemahiran
terhadap tugas mereka. Maka kursus kepimpinan ini dilaksanakan pada masa yang tepat. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan
yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi
mengharumkan nama sekolah.
Sesi bergambar guru dan peserta kem |
Lafaz ikrar |
No comments:
Post a Comment
Komen jer..