Merujuk kepada Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) yang menggesa agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai
(mass gathering) ditangguhkan bagi
mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku, maka KPM dengan ini memutuskan
agar semua program KPM yang melibatkan perhimpunan ramai seperti program sukan
dan aktiviti kokurikulum bagi bulan Mac 2020 DITANGGUHKAN ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Gambar Hiasan: Latihan Sukan |
Antara program yang telah ditangguhkan sejak bulan Mac lepas yang
melibatkan murid SK Kampung Balan ialah Pertandingan
Sofbol MSS Peringkat Kebangsaan 2020
yang sepatutnya berlangsung di Ipoh, Perak pada 14 hingga 21 Mac 2020. Murid
yang terlibat ialah Mohamad Ikhwan bin
Hasim.
Satu lagi program yang turut ditangguhkan ialah Mahrajan
Al-Quran dan Festival Kesenian Islam, Peringkat Bahagian Mukah 2020 yang sepatunya berlangsung
pada 30 Mac 2020 lepas di Daro. Murid yang terlibat ialah Ainin Sofea binti
Wahed.
Pihak sekolah menyambut baik langkah penangguhan tersebut demi
keselamatan murid-murid. Semoga pandemik ini berjaya diatasi segera bagi memastikan
aktiviti persekolahan berjalan seperti sediakala. Semua warga sekolah
dinasihatkan agar mematuhi norma baharu dan saranan KPM bagi memastikan semua
warga SK Kampung Balan sihat dan selamat daripada perkara yang tidak diingini.
No comments:
Post a Comment
Komen jer..