Sunday 9 March 2014

Mesyuarat PIBG Pertama SK Kpg. Balan 2014

Sebahagian ahli PIBG yang hadir
SK Kpg. Balan telah mengadakan mesyuarat tahunan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) pada 4 Mac 2014 yang lalu. Mesyuarat yang bermula pada pukul 1215 petang pada hari tersebut merupakan mesyuarat pertama bagi PIBG SK Kpg Balan yang biasanya diadakan dua tahun sekali.
Antara intipati utama mesyuarat pada hari tersebut ialah Laporan Akademik 2013 dan Laporan Sasaran Akademik 2014, Laporan Kewangan PIBG 2013, dan juga Perancangan Aktiviti PIBG 2014.
Antara intipati lain ialah perkongsian oleh Guru Besar tentang Program Permata Pintar & Permata Insan, masalah disiplin murid, aktiviti sekolah dan sebagainya.
Antara aktiviti yang telah dirancang oleh PIBG pada tahun 2014 ialah :
a) Gotong-Royong PIBG (8 Mac 2014)
b) Sukaneka PIBG (Mei 2014)
c) Hari Pemuafakatan Murid Tahun 6 (2 kali setahun - April & Ogos 2014)
d) Ceramah Keibubapaan ( Ogos 2014)
e) Ramah Tamah Aidilfitri ( 6 Ogos 2014)
f) Solat Hajat dan Majlis Izin Ilmu Sempena UPSR ( 5 September 2014 )
g) Majlis Anugerah Cemerlang (Hujung Tahun) ( 19 November 2014 )

Selain itu, para ibubapa dan ahli-ahli PIBG yang hadir pada mesyuarat tersebut juga telah diminta untuk mengisi borang soal selidik tentang keberkesanan dan penglibatan mereka dalam PIBG Sk Kpg Balan.
-sekian-

No comments:

Post a Comment

Komen jer..