Bantuan persekolahan RM100 telah diagihkan kepada semua
murid SK Kampung Balan pada Isnin lalu. Agihan bantuan itu bermula pada pukul
3.00 PM. Sebelum agihan diagihkan, para ibu bapa atau penjaga murid diberi
taklimat dan penerangan tentang bantuan tersebut oleh Guru Besar, Encik Hambli
Bin Rabi. Guru Besar juga mengambil kesempatan untuk memberi penjelasan dan
penerangan tentang dasar dan perancangan sekolah untuk kemajuan prestasi
murid-murid.
Guru Besar turut mengingatkan agar bantuan persekolahan
tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin khususnya untuk membeli peralatan
persekolahan murid-murid seperti buku aktiviti dan juga alat tulis. Oleh itu,
para ibu bapa yang hadir turut diterangkan bahawa pihak sekolah dalam
perancangan untuk memastikan setiap murid harus mempunyai buku aktiviti
tambahan (buku kerja) untuk mempelbagaikan sumber pembelajaran dan pengajaran
(PdP). Buku aktiviti tersebut menyediakan kepelbagaian bentuk latihan untuk
aktivti pengukuhan selepas waktu PdP di dalam kelas.
Taklimat kepada ibu bapa yang hadir |
Agihan Bantuan RM100 |
No comments:
Post a Comment
Komen jer..