Rasional
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai
konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah
berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada
pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa
pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan
orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat.
Ilmu juga di klasifikasikan sebagai pengetahuan
atau kepandaian yang merangkumi semua bidang
yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di
takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada
kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini
menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan
iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang
bertingkat kearah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan
Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang
bersifat global. Dari segi warna, Biru bermaksud profesionalisma dalam
sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan.
Putih Melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk
insan yang berkualiti dan berilmu mulia.
Rekabentuk oleh :
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal
Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)
No comments:
Post a Comment
Komen jer..